Monday, July 30, 2012

TAJUK 1 : 1.5 KEPELBAGAIAN BUDAYA

1.5 KEPELBAGAIAN BUDAYA


DEFINISI


- Kamus Dewan (2005) edisi keempat.


kepelbagaian : perihal berbagai-bagai jenis  merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.

Budaya : cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar

JENIS BUDAYA


CIRI-CIRI BUDAYA

  ¡Boleh dipelajari
¡Boleh dikongsi
¡Bersifat sejagat
¡Boleh diwarisi
¡Sentiasa berubah
¡Simbolik
¡Pandangan semesta

CADANGAN MENANGANI KEPELBAGAIN BUDAYA

  •    - Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
  • ·      Kelayakan pelajar jadi penentuan
  • ·      Pindaan akta
  • ·      Tingkatkan kemudahan
  • ·      Tingkatkan mutu pendidikan guru
  • ·      Peluang latihan
  • ·      Biasiswa kepada yang berkelayakan
  • ·      Kuasai pelbagai bahasa

CARA MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara

Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

-Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

- Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.

Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman

- Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran

-   Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan
   mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang
    memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma
    Muadalah (diploma berkembar)

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA



IMPLIKASI KEPADA GURU




IMPLIKASI KEPADA MURID

CARA MENGATASI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

Guru mewujudkan  interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan
    pembelajaran

- Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan

- Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang
   berlainan.

- Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran 

- Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

- Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

- Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas





















No comments:

Post a Comment