Monday, July 30, 2012

TAJUK 1 : 1.7 GEJALA SOSIAL

1.7 GEJALA SOSIAL


3 BAHAGIAN GEJALA SOSIAL






















PUNCA GEJALA SOSIAL


















KESAN NEGATIF GEJALA SOSIAL














CARA TANGANI GEJALA SOSIAL




CONTOH GEJALA SOSIAL



FAKTOR TERJADI GEJALA SOSIAL













TAJUK 1 : 1.6 PENGARUH PERKEMBANGAN TMK

1.6 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI



3 ASAS PENTING DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.

Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

- Proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.



PERUBAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


IMPLIKASI TMK DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan
  penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.

- Menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasimenjadi lebih
  terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan
   terdapat perkara kerahsian.

Mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan 
  dalam perlaksanaannya.

- Kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem
  komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan buka
  secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.


KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN


TAJUK 1 : 1.5 KEPELBAGAIAN BUDAYA

1.5 KEPELBAGAIAN BUDAYA


DEFINISI


- Kamus Dewan (2005) edisi keempat.


kepelbagaian : perihal berbagai-bagai jenis  merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.

Budaya : cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar

JENIS BUDAYA


CIRI-CIRI BUDAYA

  ¡Boleh dipelajari
¡Boleh dikongsi
¡Bersifat sejagat
¡Boleh diwarisi
¡Sentiasa berubah
¡Simbolik
¡Pandangan semesta

CADANGAN MENANGANI KEPELBAGAIN BUDAYA

  •    - Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
  • ·      Kelayakan pelajar jadi penentuan
  • ·      Pindaan akta
  • ·      Tingkatkan kemudahan
  • ·      Tingkatkan mutu pendidikan guru
  • ·      Peluang latihan
  • ·      Biasiswa kepada yang berkelayakan
  • ·      Kuasai pelbagai bahasa

CARA MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara

Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

-Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

- Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.

Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman

- Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran

-   Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan
   mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang
    memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma
    Muadalah (diploma berkembar)

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA



IMPLIKASI KEPADA GURU




IMPLIKASI KEPADA MURID

CARA MENGATASI ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA

Guru mewujudkan  interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan
    pembelajaran

- Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan

- Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang
   berlainan.

- Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran 

- Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

- Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

- Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas





















TAJUK 1 : 1.4 GLOBALISASI PENDIDIKAN

1.4 GLOBALISASI PENDIDIKAN

PENGENALAN

DEFINISI GLOBALISASI : merentas sempadan dan media

FUNGSI UTAMA GLOBALISASI

Menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

- Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman seseorang

Langkah POSITIF untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan:

Menubuhkan Multimedia Super Corridor(MSC).
- Mengembangkan sekolah-sekolah bestari.
- Mereformasikan kurikulum sekolah - menukar bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains.
- Memberi peluang untuk penubuhan kolej-universiti swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan tinggi).

IMPLIKASI GLOBALISASI PENDIDIKAN TERHADAP 
GURU

Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik.
- Guru dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa ke masa.
- Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul.
- Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

- Guru pada asasnya :
   * Mempunyai pengetahuan yang mendalam   tentang mata pelajaran yang hendak   diajarnya.
   * Mengetahui dan menguasai kaedah dalam   pengajarannya.
   * Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat   dihormati serta dicontohi oleh pelajar.

Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.

- Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.


PERANAN GURU DALAM GLOBALISASI PENDIDIKAN

Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa.
- Penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar.
- Menjadi kaunselor kepada mereka.
- Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat.
- Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.
- Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat.

CIRI-CIRI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN 
GLOBALISASI PENDIDIKAN

1.Seorang yang beriltizam
Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam
pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah.

2.Guru yang berorientasikan maklumat
Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan 
pendidikan melalui sebarang media.

3.Guru yang berwawasan
Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan
,demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru

4.Guru perlu berpandangan global
         Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi juga secara global, agar berjaya menangkis cabaran pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang kian meningkat.

5.Guru yang berpandangan positif
         Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara.

6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan  diri dalam reformasi, inovasi dan   perubahan pendidikan
         Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.
        Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas  baru dari semasa ke semasa serta dalam persekitaran sosial.
7. Mahir dalam teknologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p
        
        Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentabiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan

- Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

- Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi